Sunday, May 15, 2011

Sangat Sedih. . Setuju Sangat

Dinda,
Seorang anjing tiada akal tetapi punya naluri kasih sayang, kesetian dan persahabatan...
seorang anjing berenang di ganas ombak mengonggong pulang kepada tuannya di seranting pohon berulang kali tetapi tidak pernah bercerita tentang penat sengsaranya.....
Aku bangga sebagai seorang anjing dan aku gembira berteduh di redup sepohon manusia..........

Dinda...
sewaktu nanti, bila kau terlalu banyak kecewa, kau pasti mendampingi kecewa sebagai teman tersayang...
Aku sudah terlalu kasihan melihat kau cuba mencipta senyumku....
Aku menghargaimu sebagai bunga nan wangi menyubur....
Aku menghargaimu dalam setiap nafasku yang bergantung dinyawaku...
Aku menghargaimu sebagai manusia, bukan cenderamata maka aku mahu menyimpanmu setiap masa biar tanpa kau menghargaiku....

Sewaku waktu nanti kau pasti akan tersenyummelihat naskah yang aku pentaskan ini kerana inilah pengorbanan seorang anjing buat melepaskan tersayangnya pergi kerana seorang anjing tidak akan membawa pergi tetapi seorang anjing ini akan terus menjaga segala kebun kenangan di bumi sini sehingga akhir usianya tanpa memanjat dedahan......

Sewaktu waktu nanti janagn kau marah kerana seorang anjing ini mencipta cerita yang begitu berbelit kerana seorang anjing ini tidak mahu sang bunga merunduk memandang seorang anjing di bawahnya tetapi teruslah berdiri memucuk mencucuk mata awan....

Ketika anjing ini menjilat saki baki manis harijadi sendiri, jangan terhidu bau warita elus tidurmu di empuk lengan jejakamu...
Hadiah ulanglahirmu kepad kesetiaan aku seorang anjing janganlah sebuah pengkhianatan.......

6 comments:

  1. Kenapa dia sanggup tinggalkan anda?
    Dia patut syukur n bangga sebab anda sgt menyayangi dia.Sedihnyer

    ReplyDelete
  2. sayunyer.

    org tu mesti ada something if not why dia wat cmnie?

    ReplyDelete
  3. yup biarla dia.
    kata cinta.tapi kalo da dia curang namanyer bukan setia lagi.

    ReplyDelete
  4. sedap sajak diatas..
    knp xde kudos utk penciptanya??

    ReplyDelete
  5. KOKO. . BACA TITLE DIA.
    SETUJU SGT. .
    DGN APA YG ANDA KATA

    ReplyDelete